Baju Raya Anak Saidina Umar Al Khattab
Suatu hari anak Khalifah Umar Al-Khattab r.a pulang dari kelas pengajian sambil menangis ter-isak2. Ketika ditanya ayahnya, ia menjawab bahawa teman2 di tempat pengajiannya menghina bajunya yang penuh dengan tambalan (baju yang bertambal-tambal).
Di antara mereka mengatakan : “Hai kawan2, perhatikan berapa jumlah tambalan baju budak ini”
Ia menjadi bahan ketawa teman2nya sehingga membuat hatinya teramat sedih. Kehidupan seharian keluarga pemerintah Islam Khalifah Umar memang sangat sederhana.
Walau sebagai Khalifah (pemimpin negara), tambalan di bajunya ada empat belas. Salah satunya ditambal dengan kulit kayu. Tibalah suatu hari Saidina Umar Al-Khattab r.a berhajat untuk membelikan pakaian baru untuk anaknya di bulan Syawal (Hari Raya)
Karena ketiadaan uang, pergilah Saidina Umar r.a ke Baitulmal meminjam beberapa dirham untuk membeli pakaian tersebut. Karena tidak bertemu dengan Bendahara Baitulmal, beliau meninggalkan sepucuk surat, isinya seperti berikut : “Kepada Bendahara Baitulmal yang saya hormati.
Saya memohon pinjaman sebanyak empat dirham. Insya’Allah pada awal bulan depan, setelah pembahagian gaji dari Baitulmal, saya akan bayar balik dengan kadar segera” Tuan Bendahara tidak cepat-cepat mengambil uang dari Baitulmal untuk dikirimkan kepada Khalifah.
Sebaliknya dia mengamati isi surat itu lama-lama. Dia mengetahui bahawa pemimpinnya itu bukan jenis penguasa yang memanfaatkan amanah rakyat untuk kepentingan peribadinya. Tuan Bendahara Baitulmal menjawab surat Khalifah dalam bentuk sebuah pertanyaan.
“Kepada Amirul-Mukminin Umar bin Al-Khattab, Telah saya baca surat Tuan tentang permohonan pinjaman dari wang Baitulmal. Saya sekadar ingin bertanya, apakah Tuan berani JAMIN bahwa diri Tuan masih hidup sampai awal bulan depan sehingga saya dapat menuntut hutang Baitulmal dari Tuan?
Seandainya ajal menjemput Tuan sebelum awal bulan, apakah Tuan mampu mempertanggung-jawabkannya di hadapan الله ? Wassalam..”
Selesai membaca surat balasan dari Pejabat Baitulmal, Khalifah Umar merasa amat sedih kerana tidak mampu menunaikan hajatnya beli baju baru untuk anaknya. Setibanya Hari Raya, Umar Al-Khattab r.a melihat anaknya memakai baju yang bertambal-tambal dan beliau terus menangis.
“Mengapa engkau menangis, wahai ayahku?” tanya anaknya.
Umar r.a menjawab : “Aku bimbang hatimu sedih di Hari Raya bila kawan2mu menghina bajumu yang bertambal-tambal itu.”
Kemudian anaknya berkata : “Seharusnya yang bersedih itu ialah orang yang tidak mendapat keredhaan الله dan mendurhakai kedua orang tuanya. Aku berharap agar الله Azza wa Jalla memberikan redha-Nya kepadaku sebab keredhaanmu kepadaku..”
Semakin deras air mata Khalifah Umar mengalir apabila mendengar kata-kata anaknya dan beliau terus memeluknya dan mendoakannya. (Sugeng W-72; Coretan dari Ustaz Nasir; Makkah al Mukarramah; http://kai-epy-serizawa.blogspot.com/2012_11_01_archive.html)-FR